Mr PT part 1
Teettt..Teett..Teett...Tettt.... ( Sophea.. bangunlah.. malaikat maut dekat sebelah tu haa)
Bunyi alarm dari iPhone X / berlatar belakangkan suara Puan Dahlia berulang kali mengetuk gegendang telinga Sophea yang sedang terlena diulit mimpi. Lantas pantas jarinya menekan butang 'stop' sebelum pelahan-lahan bangun berjalan menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk serta menyelesaikan solat zuhur yang baru masuk.
Usai solat, Sophea mencapai iPad yang baru selesai dicaj penuh lalu berbaring disofa berbentuk L diruang tamu rumahnya.
"ermmm nak tengok cerita ape erk harini??" aplikasi Netflix ditekan sambil mata dan jarinya meneroka koleksi drama dan movie yang tersusun kemas diaplikasi tersebut.
" Aish , bosanlah. Semua cerita dah tengok, and semua plot boleh predict , tak syoklah cerita sekarang " butang home ditekan dan diganti pula dengan butang safari.
Entah kenapa dia tiba-tiba teringat babak didalam cerita 'wanted 2009' yang baru ditontonnya semalam, saat dimana watak utama menaip namanya di laman carian pada bahagian akhir cerita tersebut.
'agak-agak kalau aku search nama aku, apa yang keluar erk?' jarinya pantas menaip ' Sophea halisya Adenan' di bahagian carian laman sesawang google lalu menekan butang search.
Beberapa gambar Sophea bersama trofi juara pertandingan tilawah al-quran peringkat negeri 5 tahun lalu masih lagi dapat dilihat. Sambil matanya melihat satu persatu-satu keputusan hasil carian namanya.
Sebaris tajuk yang tertulis 'Unsent reply to Sophy Haly' milik pada blackoctopus.com menarik perhatiannya tanpa sedar jantung Sophea berdegup kencang, memori 4 tahun lepas kembali menerjah fikirannya. Sepantas kilat dia menekan laman tersebut.
Insert the password: hint:your birthday enter
dua baris ayat dan berlatar belakangkan warna hitam membuat Sophea terdetik untuk mengisi ruang kosong dengan tarikh lahirnya 020399.butang enter ditekan.
incorrect password. two attempt left
"asal salah? ke tahun dulu?"
990302.
incorrect password. one attempt left
Sophea mula cuak,dia menggaru kepalanya. mata mula memandang ke atas sambil dahinya berkerut , yang tadinya baring mula duduk . fikiranya mula bekerja menyelongkar memori yang melibatkan si dia 4 tahun lalu.
"kejap. takkan la tarikh lahir yang palsu tu?" Sophea mula menarik nafas dalam tanpa sedar dia berharap agar jangkaannya untuk kali ketiga ini tepat.
010399.dengan penuh berharap sophea menekan butang enter.
latar belakang laman tersebut mula bertukar gambar dari hitam ke gambar blue lagoon iceland dan lagu bring me to life nyanyi evanescence versi piano mula kedengaran
"lagu ni.." melodi yang pernah menemaninya saat gembira dan duka itu menjadi bunyi latar bagi laman sesawang itu. Sebelum sebuah notifikasi muncul secara tiba-tiba.Sophea mula menenangkan diri, mengumpulkan kekuatan sebelum mula membaca jawapan yang selama ini dia inginkan dari teman misteri yang pernah hadir didalam hidupnya empat tahun lalu dan pergi meninggalkan dia tanpa sepatah kata.
******
Unsent reply to Sophy Haly
Dear Sophy,
Its been a while right?How are you doing right now?I am sorry for leaving you without any notice. I hope you are the right person that able to reach this part.I have a lot of things that I want to tell you, but I don't know where i should start. If you are willing to contact me back and restart our penpal relationship back, maybe you can send me email through this address :
******
Black.Octopus. Jejaka misteri yang pernah dikenalinya melalui aplikasi slowly. Aplikasi yang digunakannya untuk mencari kawan pena dari serata dunia. Dia mula bertukar surat dengan black.octopus saat dia mendapati mereka mempunyai minat yang sama. Surat mereka juga sering diisi dengan topik topik ilmiah.
Tanpa sedar Sophea mula menaruh perasaan terhadap pemilik identiti black.octopus. Menyedari akan hal ini, sophea mula bertanyakan menyelit beberapa soalan peribadi supaya dia dapat mengenali jejaka itu dengan lebih mendalam. Namun begitu, jawapan yang diterima tidak pernah memuaskan hati Sophea. Sophea dapat merasakan yang black.octopus seperti menyorokkan sesuatu daripadanya.
Selain daripada nama samaran serta sedikit sebanyak latar belakang keluarga dan pendidikan rakan penanya itu, dia tidak mempunyai apa-apa idea tentang black.octopus. Berbeza dengan black.octopus segala perkara tentang Sophea telah diberitahunya sendiri sepanjang mereka bertukar surat. Black .octopus juga pernah menyatakan bahawa dia sudah mengetahui rupa Sophea kerana hanya seorang perempuan sahaja yang muncul saat black.octopus mencari nama Sophea Halisya di carian Google.

Comments
Post a Comment